Usahawan Cilik NADI Gunung Semanggol
15 Mac 2026 | Aktiviti TerkiniTahniah dan syabas kepada Nur Alya Irdina, peserta KidVenture Kohort 2, yang telah mengambil peluang untuk berniaga semasa Bazar Raya NADI Gunung Semanggol yang lalu.
Beliau merupakan satu-satunya usahawan cilik yang menyertai bazar tersebut dengan memperkenalkan perniagaannya iaitu Dina’s Crochet. Melalui perniagaan ini, Nur Alya Irdina menghasilkan dan menjual pelbagai jenis keychain crochet yang comel dan kreatif.
Usaha dan keberanian beliau untuk mula berniaga pada usia muda sememangnya wajar dipuji dan menjadi inspirasi kepada rakan-rakan seusianya.
Semoga Dina’s Crochet terus berkembang maju dan Nur Alya Irdina terus bersemangat dalam dunia keusahawanan. Tahniah!
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: